Thursday, March 4, 2010

Air Mata Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله...
                Sempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W, Rabi’ Al-Awwal, kita disajikan dengan pelbagai ceramah dan perarakan bagi memperingati Baginda S.A.W., tak kurang juga yang mengadakan majlis Maulid Nabi dengan mengalunlan Marhaban dan Qasidah. Semua itu adalah usaha bagi mendekatkan hati dan diri kita kepada Rasulullah S.A.W, Nabi umat akhir zaman.
                Dalam memperingati Rasulullah S.A.W, banyak kisah yang kita dengar dan juga bukti yang kita lihat tentang para Sahabat R.A. , Auliya’ dan juga Ulama’ mengalirkan air mata mereka apabila mendengar kisah-kisah yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W. Hasil dari rindu dan kasih kepada baginda yang tidak terhingga.
                Diceritakan kepada kita saat Saidina Bilal Ibn Rabah R.A. mengalunkan Azan Di kota Madinah selepas kewafatan Rasulullah, maka ketika itu jugalah Darul Hijrah dibanjiri air mata para sahabat R.A. Mereka mengenangkan saat bersama dengan Rasulullah. Susah dan senang tetap bersama. Mengenangkan seorang insan yang membawa cahaya ke seluruh Alam. Pembimbing umat dan pembawa rahmat.
Dalam muqaddimah Qasidah Burdah Imam Al-Busairi Rahimatullah ada menyatakan tentang tangisannya mengingati Nabi S.A.W :
أمن تذكر جيران بذي سلم        #       مزجت دمعا جرى من مقلة بدم 
(Adakah dengan sebab memperingati kekasih yang berada di  Zi Salami (Madinah)  # bercampurnya Air mata yang mengalir dari biji mata  dengan  darah)
Manusia , apabila mencapai sesuatu emosi yang maksima biasanya akan mengeluarkan air mata mereka. Sebagai contoh perasaan gembira yang teramat sangat. Maka gembira itu diakhiri dengan linangan air mata kegembiraan. Tak puas rasanya kalau tidak mengalirkan air mata. Begitu juga dengan emosi yang lain, sedih dan pilu, terharu, hatta Marah sekalipun.
                Samalah juga dengan rindu dan kasih kepada seseorang. Tidak dapat menggambarkan perasaan itu kecuali dengan bahasa air mata. Pasangan kekasih (suami isteri) yang berjauhan menangis menahan rindu, Anak di perantauan menangis merindui Ayah dan ibu di kampung, Inikan pula rindu dan kasih kepada Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad S.A.W. Selayaknya kita dapat menangis dalam memperingati baginda dan semoga air mata yang dikeluarkan itu menjadi bukti disisi Allah tetang kecintaan kita kepada kekasih-Nya.
 والله أعلم والسلام عليكم ورحمة الله...

Tuesday, March 2, 2010

Sarang Cicak

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم...

Rasa bertuah hari ini dapat menulis sesuatu dalam blog yang sudah bertahun tidak dilawati dan diupdate. Moga dengan permulaan kedua ini dapat menghidupkan kembali roh berblog dalam diri ini. Lama tidak diupdate menampakkan seperti sarang cicak di belakang almari kitab yang bertahun tidak dicuci..

Diharapkan dengan permulaan kedua ini dapat memberikan sesuatu yang berguna untuk pelawat blog yang berada di serata dunia. Andai ada komen mengenai post di blog ini, janganlah bersegan-silu. Silalah berterus terang. Asalkan komen yang membina. Lahir dari hati dan sanubari pencinta kebenaran..

Akhir sekali, terima kasih kepada mentor yang memberikan tunjuk ajar:
  1. www.detik-perjuangan.blogspot.com 
  2. www.bundar311.blogspot.com
  3. www.assyafie.blogspot.com 
 والسلام عليكم...