Friday, March 23, 2012

[Dokumentari] Air Mata Gaza

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله



Semoga dokumentari ini bisa membuatkan hati-hati yang masih ada iman akan jadi berkembang, dan yang lemah akan kembali segar, yang kurang imannya maka akan bertambah lagi dan yang kuat akan menjadi lebih kental dan terus bersemangat untuk menegakkan agama Allah taala dan tidak akan membiarkan agama Islam itu dipermain-mainkan. 

Orang-orang Islam perlulah bersatu hati dalam menentang sebarang bentuk kezaliman diatas muka bumi ini. Terutama sekali yang berlaku keatas saudara sesama islam tidak kira walau dimana jua mereka berada, lebih-lebih lagi kepada saudara kita yang berada di Palastine yang secara jelas dibunuh secara kejam dan dizalimi oleh Zionis laknatullah. 

Sudah tiba masanya untuk seluruh umat Islam bangkit menentang penindasan ini. Sesungguhnya kekuatan umat Islam itu lebih kuat jika mahu dibandingkan dengan yang lainnya, bahkan terkuat di dunia ini kerana Allah telah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam di akhir zaman. Persoalannya sekarang ini: Dipihak manakah kita berada? Menjadi penyokong dan pendokong perjuangan Islam atau menjadi pencacai kepada penzalim...?

والله أعلم بالصواب

Thursday, March 15, 2012

Biodata Ringkas Syeikh Ahmad Al-Hajain

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله


Pengenalan Ringkas kepada Al-'Alim Al-Azhari Fadhilatus Syeikh Ahmad Al-Hajain Hafizahullah.(di petik dari karangan Ustaz Muhammad Noorazam)

Nama : Ahmad Bin Solahuddin Bin Abdullah Al-Hajain
Tarikh Lahir : 12 Syaaban 1377 (Hijri) bersamaan 3-3-1958

 Fadhilatus Syeikh telah berguru dan menuntut Ilmu dari para Ulamak Besar bermula dari tahun 1978. Antaranya :

1. Fadhilatus Syeikh Muhammad Najib Al-Muti'e. Antara Muhaddith dan Faqih Besar Ummah kurun ini. Ulamak yang menyempurnakan karangan Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab oleh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah.Fadhilatus Syeikh Ahmad telah diberikan Ijazah oleh Gurunya ini bagi kesemua Ilmu/Kitab yang berada dalam hafazan beliau. **(وقد أجازه بمحفوظاتي عن).

2. Fadhilatus Syeikh al-Faqih Al-Maliki, Ismail Sodiq Al-'Adawi Rahimahullah.

3. Fadhilatus Syeikh Al-Haafiz(Ulamak Besar Bidang Hadith) Al-Usuli,Abdullah Ibn Muhammad Ibn Siddiq Al-Ghumariy. Fadhilatus Syeikh Ahmad mendapat Ijazah bagi Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah dan beberapa Hadith Musalsal dari Gurunya ini.

4. Fadhilatus Syeikh,Al-Faqih Al-Maliki,Ahmad Taha Rayyan, Hafizahullah. Fadhilatus Syaikh Ahmad telah mendapat Ijazah dari Gurunya ini bg kesemua Ilmu/Kitab yang berada dalam hafazan/rekod beliau**(وقد أجازه بمحفوظاتي عنه).

5. Fadhilatus Syeikh,Al-Alim Al-Allamah,Mufti Diyar Misriyyah As-Syeikh Nuruddin 'Ali Jum'ah,Hafizahullah Taala. Fadhilatus Syeikh Ahmad telah belajar kebanyakan Ilmu Syar'iyyah dari Al-Allamah Syeikh Ali Jum'ah,dan telah diberikan Ijazah 'Ammah bg kesemua 'Marwiyyat'(Sanad-sanad) dan Ijazah-Ijazah khususnya Kitab-kitab Hadith utama seperti Soheh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain oleh Gurunya ini.

Al-Allamah Syeikh Ali Jum'ah juga pernah memuji muridnya ini dengan menyebutkan bahawa Syeikh Ahmad adalah antara muridnya yang sangat panjang tempoh mulazamah dalam pengajian bersama beliau,melebihi 30 tahun.

Antara ucapan beliau terhadap Syeikh Ahmad : "Kesemua Ilmu aku ada/boleh kamu ambil darinya".Hafizahumullahu Taala. Semoga Allah S.W.T memberikan kebaikan dan penjagaan kepada guru-guru kita yang mulia ini agar mereka dapat terus mendidik dan membimbing kita semua. Amin. 

والله أعلم بالصواب

Saturday, January 21, 2012

Foto: Syeikh Ahmad Ibnu Solah Al-Hajain


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله

 
Foto: Syeikh Ahmad Ibnu Solah Al-Hajain

seorang ulama’ yang menghabiskan masanya dengan mencurahkan ilmu di Masjid Al-Azhar. Tidak pernah jemu untuk mengajarkan agama kepada para pelajar terutama pelajar Melayu. Beliau sangat sayangkan pelajar melayu yang terkenal dengan budi pekerti mulia di perlembahan Nil ini. Tempoh lima tahun bersama beliau kurasakan terlalu singkat. Tidak puas bagiku menghirup ilmunya. Kata-katanya cukup memberi kesan di lubuk hati. 

Kata ulama’ silam antara tanda-tanda guru yang Murabbi adalah berjaya mendidik hati anak muridnya dan menunjukkan Akhlak yang mulia kepada anak murid supaya dapat dicontohi mereka. Dan sungguh aku dapati, ianya ada pada syeikh Ahmad Al-Hajain. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan berkatnya kepada guru yang mulia ini. Juga memanjangkan umurnya supaya lebih ramai anak muda yang dapat berdamping dengannya menghirup bekalan Dunia dan Akhirat. Amin ya Rabb.

والله أعلم بالصواب