Wednesday, February 3, 2016

Episod Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله...

Disember 2012, aku kembali ke tanah air dan baru hari ini menjengah blog yang dah bersarang sekian lama. Perasaan untuk menulis blog muncul kembali. Banyak sekali rasanya ingin ku coretkan. Tetapi, masa sangat terhad. Masa sangat mahal. Lebih mahal dari Emas.

         Januari 2013, Kini aku berkhidmat sebagai pendidik. Baruku tahu sukarnya menjadi seorang pendidik. Melihat kepada remaja yang dahagakan ilmu membuatkan aku bertahan disini. Ku gagahkan diri berkongsi ilmu yang ciput bersama mereka. Semoga mereka mengenal apa itu ilmu dan menjadi ahli ilmu suatu hari nanti.

        Mac 2014, kisah rumahtanggaku bermula. Bersama pasangan yang ku tunggu-tunggu . Besar harapanku ingin membina bait muslim yang sebenar. Semoga masjid yang dibina kekal kukuh hingga ke syurga. Terima kasih ku ucapkan kepada sidia yang sudi bertemankan hidup denganku.

        April 2015, Lahir seorang ratu dalam hidupku. Zuriat pertama penyambung perjuangan. Akan ku didik dirimu dengan Islam. Ya Allah bantulah aku. Serikandi comel menjangkau usia 10 bulan saat ini. Semoga sihat selalu hendaknya.

       Februari 2016, empat tahun aku menyepi dari dunia maya ini. Kini muncul semula. Matlamat yang sama. Mahu Allah ditaati, Nabi diikuti, AlQuran diamal, Islam dijunjung, Ummah bersama perjuangan. Amin Ya Rabbal Alaminnn…

والله أعلم بالصواب.....

0 comments: