Wednesday, April 7, 2010

Bila Nak Berhenti Buat Jenayah?!


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله..
            Berasa gerun dan seriau membaca berita tanah air, Malaysia tercinta. Manakan tidak berasa gerun dan takut bila setiap hari berlaku banyak jenayah. Rasa dah macam tak selamat duduk di Malaysia. Jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak sudah menjadi perkara biasa. Nak kata polis tak berkuasa, tak mungkin. Sebab sekarang ni polis pun sudah berkuasa di dalam dewan rakyat. Kuasa polis dah terlampau tinggi. Tapi jenayah makin banyak juga. Semakin tinggi kuasa polis semakin tinggi kadar jenayah Malaysia.
                Undang-undang Malaysia pun boleh tahan banyaknya. Macam-macam Akta ada. Pelajar yang mengambil jurusan Undang-undang pun tak kurang ramainya. Sampai 4 ke 5 tahun belajar Undang-undang. Nak kata banyaknya Undang-undang ni. Tapi kadar jenayah tak pernah turun pun. Mungkin ini adalah bala dari Allah bagi rakyat Malaysia yang degil tak nak terima Undang-undang yang Allah tetapkan untuk bukan sahaja rakyat Malaysia tapi manusia seluruhnya.
                Undang-undang Allah telah tersedia dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada perkara yang besar. Semuanya diajar dan disampaikan oleh Nabi yang Agung Muhammad S.A.W. Tapi bila sampai di Malaysia, ada sahaja halangan dan alasan yang di ‘ada-ada’kan dan di buat-buat. Sementara di dunia inilah nak memberi alasan. Akhirat nanti terimalah balasan bagi yang pandai buat alasan.
                Memang tidak salah mewujudkan undang-undang baru yang memudahkan hidup manusia tetapi janganlah sampai membelakangi hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Kerana dengan melaksanakan hukum Allah itu terdapat Ubudiah kepada-Nya.
العبد عبد والخالق خالق, هناك فرق بين الخالق والمخلوق...
                Islam memberikan keadilan kepada semua makhluk. Tidakkah kita berasa selamat dan berpuas hati dengan undang-undang islam terhadap sesama manusia. Yang bersalah dihukum dengan setimpal dan dosanya juga terhapus didunia lagi. Islam cukup sempurna  untuk dijadikan pegangan hidup. Kerana Allahlah yang menjadi the creatornya. Dia jugalah yang mencipta makhluk termasuk manusia yang selalu terlupa penciptanya. Maka sebaik-baik Undang-undang  adalah Undang-undang Allah. Lets follow the Allah Laws.
والله أعلم بالصواب..
والسلام عليكم...

0 comments: