Saturday, April 10, 2010

Melihat dan Dilihat


يسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله
                Melihat keagungan dan kebesaran Allah melalui penciptaan makhluk merupakan suatu yang dituntut dalam Islam. Semakin kita meneliti kejadian Alam dan penciptaan makhluk maka kita akan menemui keunikan yang belum pernah kita rasai sebelumnya dan seterusnya semakin terungkap kepada kita kelemahan dan kekerdilan kita disisi tuhan.
                Allah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bukti-bukti kekuasaan-Nya melalui penciptaan alam supaya manusia berfikir dan mentadabbur mengenainya. Semuanya itu supaya menjadikan manusia lebih berasa rendah diri di depan Allah dan tidak sombong sesama manusia.
قال تعالى في سورة الروم 20-29: 
20. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya (menghidupkan kamu semula), Bahawa ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia Yang hidup bertebaran di muka bumi.
21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
22. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.
23. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
24. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.
25. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan keluasan ilmunya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan Yang menakjubkan itu) Dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila ia menyeru kamu Dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu Dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).
26. dan sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.
27. dan Dia lah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan Yang demikian amatlah mudah baginya. dan bagiNyalah jua sifat Yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
                Ayat-ayat di atas adalah contoh sebahagian daripada ayat yang menyatakan kekuasaan Allah melalui penciptaan alam. Supaya kita meyakini akan kewujudan Allah, tuhan yang maha Pencipta. juga meyakini bahawa Allah menjadi Pengatur kehidupan kita dan Allah mengetahui apa yang kita lakukan kerana Dia Maha Melihat. Moga dengan membaca ayat-ayat tersebut akan bertambah iman kita kepada Allah. Dan bertambah cinta kita kepada-Nya. Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang memperolehi manfaat dari apa yang ditunjukkan Allah kepada kita dan mendapat keredhaan-Nya.آمين...
والله تعالى أعلم والسلام عليكم ورحمة الله...

0 comments: